Everything happened for a reason 💫💫
Bismillahirrahmanirahim.
Assalamualaikum wbt.
Quite sometimes to get me back on this blogger again. Tahun 2025, awal tahun ini pelbagai dugaan berlaku untuk kami sekeluarga so, yeah, mood untuk mengupdate agak tidak memberangsangkan. Aku bukak je blogger tapi untuk mula menaip tu, macam lost interest. Lastly, tutup balik. Medsos aku pun suram sedikit. Tidak selaju dulu yang mana kalau boleh setiap benda / hari untuk di kongsikan.
20 Dec 2025 (Jumaat kedua terakhir) kami (aku dan Shafiq juga adik beradiknya yang lain) dikejutkan dengan panggilan telefon dari kampung bahawa Ayoh (Bapa mertuaku) tiba-tiba jatuh setelah selesai sembahyang Isyak dekat masjid dekat rumah kampung kami. Jam 9 malam lebih, kami selesaikan ape yang patut terus balik. Malam tu juga kami ambil kakak sulong kat sungai udang, abang lelaki sulong dia di Kajang dan Kakak kedua kami jumpa di highway Gombak. Jam 6 pagi tiba di Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Di emergency, dimaklumkan bahawa ayah untuk sedar sangat-sangat-sangat lah rendah. Mereka explain panjang lebar, namun kesimpulannya no operation sebab umur ayah dah tak memungkinkan beliau untuk dioperatekan. Pendarahan dalam kepalanya sangat-sangat besar. so, yeayh.. korang dah boleh agak jalan ceritanya yang seterusnya. Dr juga cakap ayah takkan dapat bertahan lama, maybe kebiasaannya dalam 2-3 hari ayah akan tinggalkan kami. setiap hari itulah ayat yang kami dengar. setiap kali mereka buat pusingan dalam ward. Its a Miracle kalau ayaoh mampu survive , he will be in a vegetative state for the rest of his life. Mata terpejam, no responses hanya bernafas. itu lagi kesian kan? Namun, kuasa tuhan.. Ayoh akhirnya dijemput pada hari Jumaat terakhir tahun 2024 , iaitu 27 Dec 2024 penghulu bagi segala hari. jam 853 pagi. Allahuakbar.
![]() |
Arwah baik, anak-anak semua di sisi. Bergilir -gilir nak jaga ayoh. Bekalan Pahala untuk anak-anaknya. |
Walaupun hanya seorang bapa mertua dan sempat menumpang kasih selama 2 tahun lebih, aku tetap terasa. Bilamana sekarang usia kita dah tak sama seperti dulu, aku insaf. kami berdua laki bini banyak reflek dan cuba perbaiki apa yang kurang. Dan disebabkan Mok (Ibu Mertuaku) akan menjalani iddah selama 4 bulan 10 hari, maka segala perancangan seperti mengerjakan Umrah dan sebagainya pun tergendala. Bertambah-tambah ujian yang kami terpaksa lalui untuk mendapatkan keredhaan hati ini. Ujian buat kami.
Untuk aku, mengerjakan Umrah di awal tahun membawa signifikasi bagi permulaan tahun yang baik. Harapan untuk memohon keampunan, memohon kesihatan yang baik agar aku boleh mendapatkan zuriat di rumah Allah atau di tanah suci. Bayangkan betapa terujanya aku, semangatnya aku dan gembiranya aku untuk ke sana. Namun terpaksa ditunda. Allah sekali lagi menguji hati ini. Agar aku ikhlas dan percaya dengan ketentuanNya. Namun demikian, aku hanyalah manusia. sukar untuk berlapang dada dan ikhlas akan perkara ini. Doakanlah supaya diri ini redha, berlapang dada dengan apa yang terjadi dan percaya sesungguhnya inilah yang terbaik buat kami sekeluarga. Ameen
![]() |
sedihnya terpaksa menunda tapi Nur Hafifah percayalah mungkin ini yang terbaik untuk kita semua. Ameen |
Nak tahu tak? tahun lepas sewaktu Nora Danish mula berhijabkan, ada satu podcast dia dan Neelofa yang dia ada kongsikan cara dia berdoa dengan Allah untuk mendapatkan kekuatan untuk berhijab / berhijrah. Doanya dalam bahasa arab namun yang melekat dalam kepala aku adalah maksud nya dalam bahasa. lebih kurang begini :
" Ya Allah, aku ingin mencintai mu, dekat dengan mu dan pandanglah aku"
Ya, sejujurnya aku sentiasa menambah frasa doa yang ini dalam doaku.menajdi skrip rasmi. Selain meminta ampun bagi suamiku, aku, ibu bapa kami, adik berasik kami dan mereka yang berbuat baik pada kami, menyerahkan segala-galanya kepada nya rezeki, kesihatan, zuriat, kejayaan dan kebahagiaan, aku juga menambah doa yang Nora Danish kongsikan ini.
Mungkin inilah jawapanNya.
Sungguh, sekarang, aku lebih dekat denganNya. Aku menangis serta merayu denganNya.
Maghrib - Isyak kami mempunyai amalan baharu yang lebih terisi.
Sungguh aku rasa lemah selemah lemah manusia. dan Allah swt paling Esa.
Semoga aku akan sentiasa dekat denganNya. Inilah jalannya maka aku redha walaupun sukar. Banyak benda buat aku berfikir bahawa tiada apa yang dapat menjaminkan keseronokan dan keindahan dunia ni. Berbuat baiklah, Inshaallah kita akan sentiasa tenang. Sekarang, dah kurang rasa nak update segala macam di medsos. Ada, tapi picisan. kalau dulu sehari mesti kena uplod. sekarang dah tak tahu ape nak di share. semua rasa macam hambar dan tak menarik. Allah tarik nikmat itu. Mungkin nak kita jauh dengan penyakit ain dan hati. Hikmahnya, hubungan kekeluargaan kian utuh sebab aku sangat-sangat menghargai adik beradikku mahupun ipar duai atau keluarga belah mertua. semoga kasih sayang ini berpanjangan hingga syurga. Ameen dan Wallahualam..
Doakan lah urusan ku dan keluargaku dipermudahkan. semoga doa yang baik pun kembali kepada anda jua. Ameen
Lots of Love,
NHH
Comments
Post a Comment