My Opinion on Child Free?
Assalamualakium W.B.T,
Okay, kalini sis rasa nak ulas sikit topik yang pernah hangat atau masih hangat kini berkenaan isu Child Free (CF). Sebelum kupas isu ni, korang kena tahu dulu apa itu CF nie. Menurut Siloam Hospitals, secara mudahnya pilihan bagi individu atau pasangan memutuskan untuk tidak memiliki keturunan (anak). Tambahnya lagi, childfree bukanlah konsep baru. Bahkan, konsep childfree sudah banyak diterapkan di luar negeri, terutamanya bagi negara maju dimana penduduk seperti Jepun dan Jerman sudah banyak memilih untuk childfree.
Okay, malas sebenarnya nak berhujah.
Tapi sis cuma tulis atau lukiskan mengikut pandangan sis. No harm, No fight just Peace. okay?
Bagi mereka yang berumah tangga, memang tiada paksaan untuk memiliki zuriat. Lebih-lebih lagi dunia makin mencabar secara ekonominya dan keadaannya. No, sis tak mahu panjang lebar untuk cakap benda ni mengikut syariat atau tidak sebab bagi sis, mereka yang beragama dan memilih untuk berkahwin dan memilih untuk CF ini sememangnya matang dan faham dah pun menurut pandangan dari sudut sisi agama. So, im not gonna go for that part okay?😅
Untuk aku, kahwin nie adalah untuk we to settle down or slow down everything. Kita kahwin bukan untuk menghalalkan tuntutan nafsu semata tapi pandanglah dari sudut di mana u have made a vow, a commitment to yourself to have a family. FAMILY. Family bermula dengan couples and they expanded the family by having children. simple. Ini hanyalah pandangan sis okay? bagi sis, You may continue your life styles as before u got married but, please admit that there is a different from your single life. for me, embraced the thrills and just be prepared for more adventure. Hidup ni bermacam-macam dugaan yang akan hadir dan hidup ni tak selamanya bahagia. akan ada hari yang sedih, bahagia, malang dan bernasib baik. Ada naik dan turunnya jadi, kenapa nak takut untuk memiliki zuriat. Kan?
Sis memang sayangkan budak-budak dan sis memang nak sangat anak. Kahwin je memang niat nak anak tau tak dan kalau boleh secepat yang mungkin. Tapi rezeki tu dari Allah swt. kan? macamana kita nak paksa supaya kita punya zuriat? Pernah ye, kawan lelaki sis satu batch DPA dan satu group kecil (dalam 10 orang), kami dipecahkan lagi kepada group yang kecil. Adalah seorang daripada groupmate kami nie dapat baby jadi, semua orang wish him congratulations and on lah. Tiba-tiba ada lagi seorang groupmate kami (lelaki okay) tegur aku, "Pah, kau bila lagi? ke kau ni childfree? eee lawan hukum Allah", yes. tak tipu. Sentapnya sis waktu itu hanya Allah yang tahu. tapi kenapa ntah tak cerita dan terluah dekat sesiapa even suami sis sendiri. Sebab macam penat sangat nak mengadu. Aku pun reply "dah kenapa kau nie?". Dia reply lagi "ye la aku nampak kau sana sini dengan laki kau berdua je". Jammed jap sis. Dan dia tanya soalan tu pada usia perkahwinan sis tak sampai lagi 2 tahun. Faham tak?
Maksudnya di sini,
- kami kena meraung ke kerana tak dikurniakan zuriat?
- kami kena terperuk kunci diri dalam rumah ke kerana tak mempunyai zuriat?
Akhirnya, sis unfollowed his ig and vice versa. Senang.
Sis seriously tak faham niat dia. Bergurau ke? atau menyindir? atau dah kenapa?
Dia tak tahu ke bukan kuasa kita untuk mendapatkan zuriat tu??
- Dia bukan suami sis pun yang saban hari duk memujuk bila sis yang kadang-kadang sedih persoalkan kerja Allah swt (tak baik tau jangan ikut)
- Dia bukan suami sis yang duk perhabis duit berikhtiar, teman sis ambik darah etc untuk mendapatkan zuriat.
- Dia bukan suami sis yang tiap bulan kalau sis period, perlu menenangkan sis yang menangis bagai tiada hari esok.
- Dia juga bukan suami sis yang tengok sis duk check UPT dan OPK dan akhirnya berakhir dengan tangisan setiap kali fail.
Pendek kata, he have no idea of what we (i and husband) went through so far and he wasn't my BFF juga. Just a clique during my DPA.
Kenapa wujudnya manusia se ignorance ini??
Korang, bagi sis, manusia yang normal adalah manusia yang sememangnya menginginkan zuriat apabila berumah tangga. Some of you might planned. Planning cepat atau lambat bergantung. Tapi usah dipersoalkan sekiranya mereka masih belum. Wallahi, sis tak pernah terasa kalau orang tanya dah ada baby? xde baby? sebab bagi sis, kalau sis pun akan tanya orang-orang yang berumah tangga nie kan? 😆 I am okay with that. Malah, kadang lega orang tanya supaya orang tahu keadaan kita. So i am totally fine with that.
Sis kalau nak ikutkan hati nie tiap-tiap malam sedih. Kang sis asyik duk upload di medsos korang pulak yang serabut duk tengok posting sedih-sedih. 😅 Tapi setelah genap 2 tahun usia perkahwinan ni. sis mula bertenang dan redha. Ada, adalah.. tak ada nanti kami start ikhtiar cara lain. Allah nie maha baik, dia bagi sis rehat dari kesedihan ni. Insyaallah sis dan suami akan ke rumahNya. Lepas je dah confirm kami akan mengerjakan umrah, sis mula rasa tenang. Allah maha besar, dia baru sahaja jemput kami ke rumahNya, dan hati ni dah pun tenang setenangnya. Wallahi. Tidak bermakna sis dah berhenti berdoa cuma fikiran ni jadi tenang macam untuk setakat ini fokus sis untuk jadi yang paling baik supaya doa sis dimakbulkan di sana. Sehingga itu, sis akan cuba perbaiki diri sebaik yang mungkin. Jadi tumpuan sis mula divert daripada fikirkan bulan nie tak lekat zuriat lagi lebih baik aku buat list doa, aku hafal zikir atau surah untuk baca sewaktu umrah. Faham kan? Sis nak rehat dari berfikir perkara yang di luar kekuasaan sis sebagai seorang manusia dan hambaNya. Sis nak bergantung harap pada yang Maha Pencipta. I will start new after I am done with my Umrah. InshaAllah. Inilah ketenangan dan keindahan jemputanNya. Semoga Allah memudahkan urusan kami berdua. Ameen.
![]() |
Setakat hari ini, kita bahagiakanlah anak orang lain dulu |
![]() |
Semoga pahala berbuat baik ini menjadi asbab untuk Allah pandang permintaan kami ini. Ameen. |
So, kesimpulannya.. bagi sis, tak kan ada orang islam yang akan menidakkan kehadiran zuriat. Yakin ke tiada anak rezekimu akan melimpah ruah? Yakin ke tiada anak ekonomi dan komitment mu akan stabil? Tepuk dada tanya lah selera. Masing-masing punya pilihan dan sebab tertentu. Kalau dari sis, yes i would die for a zuriat. 😍 Akhir kata, tolong doakan kami berdua.
Wallahualam.
Lots of love,
NHH
Comments
Post a Comment