MY LOVE LETTER TO ADIK-ADIK .💞
Assalamualaikum all!,
Was talking to one friend who not married yet last week. #Ykyk 🤣 kalau dia tekan link ni dia tahu la siapakah beliau itu 🤣 Sembang- sembang random tapi ada satu topik agak menarik perhatian aku dimana dia judge mereka yang sudah berkahwin ni yang suka cut off / ghosted member-member yang lain. 😅 bak kata dia " what a life? jadi pape nanti (suami meninggal ke, curang ke) baru nak cari orang ni pula?"
Aku tergelak wei. Sumpah terasa doe! "wei jangan la cakap macam tu, terasa aku 😂" dimana aku acknowledge je ketidakpuasan hati tu. Dia tanya " laa.. kau pun mcm tu ke pah?". sejujurnya aku tak marah pun tapi aku lega ada orang buka topik ni. so, aku boleh justify kenapa aku begitu. Alaaa, aku sekarang jenis malas nak ambil pusing sangat. aku cakap je and it is what it is. Harap member terima la. 😁
Aku pun balas "boleh la di kategorikan sebegitu. 360 life aku berubah la selepas kawen wei. lagi-lagi aku sorang je dari circle aku yang tercampak di Melaka." hujahan aku yang lain antaranya:
1) Aku mempunyai mindset yang agak lapuk. I wanted to be typical women who served the best to the husband. As the best as i could. Aku nak jadi sebagaimana arwah ma aku layan abah aku macamana. Sebab tu aku settle untuk berkawen agak lambat sebab aku taknak rushing. Di samping tiada jodoh tapi aku sebenarnya tak nafikan aku tetap selek (read: select/memilih)😂 Walaupun aku ni tahu dan sedar diri ini tak laku pun. Perangai pun tak semengah, pun ada hati nak selek. Tapi adik-adik, sebab tu kau kena tahu worth diri tu dulu. What are u gonna offer to your partner, for your own family etc. dan dulu mana je aku xpergi semua tempat ada je aku pergi kawan sekampung / cazen aku. semua orang aku berkawan as aku ni extrovert teruk. semua benda orang tahu pasal aku dan aku pun tahu pasal orang.
2) Aku tahu aku kena kawen, aku nak tua dengan mempunyai pasangan dan anak-anak. Aku tahu bila aku kena flirt dengan siapa dan bagaimana. Tapi aku tahu apa yang aku nak dengan orang tu. pernah aku bercinta orang tu baik wei, tapi ada something yang aku tak suka so aku akan stop atau cut. Bukan pasal duit ye. kalau kau kenal aku, maka kau akan tahu aku nie bukan jenis meminta. Wallahi.
3) Kriteria aku, mesti sedap mata memandang. tu satu. satu kalau aku dengan dia, Family in Law aku tak boleh perlekehkan aku. kena layanan sama rata atau paling tidak tiada drama yang tidak perlu. aku nak tenang-tenang sahaja. aku yakin diri dan tak malu bila bersama dengan dia. Family aku (abang dan adik aku) perlu selesa dengan dia. Perlu ada kerja tetap. dan selebihnya bonus lah.
So, kenapa aku titik beratkan keluarga mertua dalam main syarat aku? Aku terlalu idolkan arwah ibu aku. Bagaimana dia dengan arwah abah, bagaimana dengan family and in laws dia, bagaimana2 sampai meniti ke hari tua aku saksikan jerih perih, suka duka arwah ma menjadi seorang isteri. Suri rumah ye. so, first sekali aku tetapkan aku akan kawen bila aku ada kerja stabil. Dulu kerja kilang sebelum kerja sekarang. walaupun mempunyai gaji bulanan sebagai seorang QCQA exec aku masih takyakin diri. paling tidak aku akan cari lelaki yang boleh terima atau aku rasa selesa. Aku rasa stigma seorang MIL ni bila cakap menantu dia kerja kilang tu dia akan treat lain dengan menantu yang lain. Sebab tu aku pilih. Pilih disini bukan nk tumpang kekayaan suami ye tapi memilih background family, dapat sama wavelength tak? adik beradik dia semua bekerja ke? ada tak yang tak kerja? 😂 I was onced thought that i like this one guy for quite long. everybody know this. But, i didnt made any move. i crushed on him but nothing happened. yet i had realized why, sebab he did not have my arwah abah figure. sebab tu benda tu tak pernah kemana. Bila jumpa suami aku sekarang di usia lewat 20-an. Orait this is the guy. Degil dia, garang dia, tak sweet langsung etc.. sangat mirip perangai dengan arwah abah. Lain ye, aku tahu apa yang aku nak dan kenapa. So, Alhamdulillah dah kawen dah.
![]() |
Inilah suami yang paling pening masa bercinta Nanti la next post aku cerita kisah cinta kami berdua. 😍 |
Kesimpulannya:
Aku pun kawen dengan laki aku sekarang ni. (dimana dia pun tak sempurna ada banyak kekurangan sebab ape? sebab dia pun macam kita. Manusia dik). Cuma 3 kriteria utama tu ada. Aku kenal husband aku pada waktu yang betul-betul sesuai. aku dapat kerja gomen, aku yakin diri dan tup tup, aku kawen la dengan beliau. In term of family members setakat ini alhamdulillah, aku jenis okay je. aku tak too hard, aku tak too close aku just biasa. Jumpa aku ngam, tak jumpa kalau dia on call dengan anak / adik bongsu diorang (husband) aku menyampuk atau minta kirim salam. Pernah je on call dengan MIL adan SIL tapi, macam biasa je. Sebab sebelum kahwin kawan ofismate aku dah pesan, jangan too close dan immersed sangat hal family in law. diorang ada salah faham adik beradik ke, kita jangan masuk campur, ipar kutuk ipar, adik bradik kutuk adik beradik kita jangan masuk campur. letak gap. tapi kena baik kena hormat. minta husband hormat mak ayah diorang dan kita buat yang sebaiknya. Just make it neutral bukan toxic. faham? literally, semua akan okay kalau kau ikhlas sayang, hormat dan seronok dengan keluarga mertua. Cuma pandai limitkan diri supaya tidak terjerat dalam konflik keluarga. Kita kena kekal Neutral. Mak mertua mengadu pasal anak-anak ke, biras ke, jangan tambah api. kau gelak dan sekadar mendengar je. Jangan jadi batu api.
![]() |
Gambar In laws. Suku je nie. Family in law sis besar |
![]() |
Family kecik aku. Nyawa aku |
![]() |
Permata hati. Kakak Ipar dan anak-anak |
Maka pada hemat aku, dengan mengidolakan arwah ma sebagai seorang isteri. Aku dah ada gambaran dah sebelum kahwin macamana aku akan jadi isteri nanti.aku akan sedaya upaya untuk buat yang terbaik untuk rumahtangga aku. Jadi apabila aku jadi seorang isteri, aku fokuskan semuanya pada suami, anak-anak (inshaallah) dan serumpun dengannya. so, pilihla yang terbaik. Pilihla yang selayaknya untuk mendapat hormat, kesetiaan dan kesungguhan kau. pendek kata, Know your worth sis!
" aku bukan ape, kau cut off dengan orang nanti one day kau cari balik kalau anything happen" dia tambah.
Aku tersenyum je wei. Bagi aku bukan salah pun ape yang dia cakap. Ada betulnya. Cuma bagi aku, waktu usia kita dah tua nie. kita akan pandai menilai. contoh, dia pun persoalkan ape yang seseorang tu buat demi rumahtangga mereka kan?. maksudnya pada waktu itu nanti dia akan ikhlas ke? dan bagi aku, orang yang dalam kesusahan sewaktu tu takkan cari individu yang mereka dah lama dump kan? sebab? wavelength tu dah lari, unless memang betul which aku agree la. Untuk makluman semua, seseorang individu nie, dia akan ada tulang belakang mereka. Just you je yang tak tahu. Namun untuk aku, aku pilih untuk lebihkan rumahtangga aku semata-mata sebab aku yang pilih. aku tahu kelemahan aku. bila aku terlalu attached dengan orang lain aku akan terbawa-bawa dan aku akan allowed banyak possible things yang akan mempengaruhi rumah tangga aku. sebab tu aku pilih untuk hidup aku dan suami je. Bukan sebab happy ngan laki tinggal member etc. Kau ingat kawen nie selamanya happy ke? huishh silap dik. ada hari kau meraung menangis. ada hari kau melompat kegembiraan. Jangan fikir manis je.
![]() |
Takkan ada selamanya manis dalam rumahtangga ni |
*****
Betul, kalau jadi sesuatu kepada rumahtangga aku contoh, suami aku tiba-tiba buat perangai atau tiada atau apa sahaja kejadian yang akan membuatkan aku terduduk. Aku akan pastikan aku berada di tangan yang betul. Yang aku rasa paling selamat dan menerima aku at my very worst part iaitu? Abang dan Adik aku. cukup dengan mereka. Inshaallah. Aku pernah ye bergaduh dengan suami. Boleh jadi hampir gila. Aku tetap kena pergi kerja. Ada meeting tak boleh cancel. Nak menangis pun kena tangguh. Habis kerja aku tak tahu nak luah dekat siapa, nak pergi mana. aku telan je hidup-hidup pahit. Menangis tak payah cakap. Nak lari je dari suami. Alhamdulillah. Aku boleh absorb segala energy tu walaupun aku at the lowest state of my life. At that moment. Sekelumit pun takde aku cari orang lain. even ofismate yang selalu duk berhura hurey pun aku tak bagitahu. Aku takkan luahkan kepada sesiapa lebih-lebih lagi orang yang sekelilingku. Ofismate mungkin perasan perubahan tapi bagi aku. Aku tak perlu cerita. aku tak nak mereka judge suami aku, tak nak biased dan mempengaruhi aku waktu tu, dan yang paling penting aib kita laki bini jadi buah mulut orang. so aku tak nak. Nampak je aku hura hooray kan? so apa jua yang jadi rumah tangga aku suatu hari nanti, aku akan kembali pada abang dan adik aku yang pastinya. Perkara luar kawalan kita serahkan pada Allah s.w.t. Inshaallah. Yang penting, jangan sibuk sebar aib pasangan atau diri sendiri. Kadang kita rasa pasangan yang salah padahal punca tu dari kita. 😅 Lebih- lebih lagi, hidup aku sememangnya selepas kahwin hanyalah berpaksikan suami aku. Family aku ada tapi jauh. Sebab tu sedih aku kalau ada salah faham dengan suami akan berlipat-lipat ganda. sebab sedih sangat. I left everything to be with you, but why u tetap menyakitkan hati? HAHAHHAHAA degil tak habis!😂😂 aku kan drama lebih ngan laki ku. AHAHAHA
Untuk aku, masing-masing boleh corakkan bagaimana kehidupan mereka sebelum dan selepas berumahtangga. Untuk kita pula, instead of mengata atau simply judge bagi aku ada baiknya kita doakan yang baik-baik sahaja untuk masing-masing. Lagipun usia makin meningkat, kita perlu menghormati privasi atau keputusan orang lain. Belajar untuk terima perubahan atas dasar komitmen dan life style seseorang. Ada, adalah tak da takpe.. kita contact dari jauh pun memadai. Jangan la pula kau duk perli-perli orang tu. wasting your energy emosi dan tak kemana pun. Jaga family masing-masing sudah. kalau aku, orang macam nie aku sedaya upaya tak layan. sebab aku tak nak penatkan diri aku dengan melayan kerenah macam nie. drained energy and mental kau je. tapi mulut aku nie, kadang aku laharkan juga kadang tu. nampak lebih sis cilikan juga. Orang macam nie sebenarnya dia berani sebab dia ada ramai army belakang dia yang support. Kita yang terkulat sendiri ni, salah sikit haaa tunggu la nasib nak diserang. Kalau dia sebatang kera macam aku ni, takde nya dia berani nak membuli. Ye itu buli ye. So, kau better cut peluang untuk diorang feed their army. Malas tabur dosa. 😁
So nasihat aku kepada yang belum kahwin, puaskan dulu diri dan nikmatilah zaman bujang mu. At your very extent perspective. So that when you are married, you had nothing to loose. Jangan sibuk hal orang jaga family sendiri. Carilah kepuasan dalam mencari pasangan tu. Bagi sis, u had a large / small circle doesnt defined your own happiness. Be you and do you. Bukan perlumbaan makin ramai orang sekeliling, makin bahagia diri ini. Salah ye dik. Jadilah diri sendiri. Bila dah kawen tu, dah matang dah. Boleh fikir baik dan buruk. Inshaallah. Yang selebihnya kita serahkan pada kuasa Tuhan. Jangan terlalu menjadi center of everything. nanti kau yang akan penat. let loose and stay calm. Orang terima atau tak as long as, u and your small family tak menyusahkan orang, tak meminta wang dan simpati orang. Then You are good to go. okay?
*****
Hidup ni jangan la sibuk mencari modal untuk mengata dik.
Hidup ni tak lama. Kalau kata-kata kita boleh mempengaruhi orang lain untuk menyampah / benci kan seseorang. Nak tanggung ke dosa tu??
Tepuk dada tanya la iman.
Akhir kata, saya memohon maaf dan ampun andai penulisan kali ini ada mengguris hati mana-mana pihak / individu. Jangan ambil penulisan ini sebagai modal mengumpat ye. Ini pandangan peribadi saya semata. Thanks.
![]() |
Aku pun insan biasa. Yang penuh kekurangan. Maafkan segala kekurangan atau lebihan dimana-mana. semoga semuanya baik-baik sahaja. Ameen 💓 |
Lots of love,
NHH
Comments
Post a Comment