HEALTHY MIND, HAPPY LIFE


 Assalamualaikum w.b.t semua 😁

 Kali ni, post sis mungkin lebih random dan berkaitan hiruk pikuk kehidupan sis. Pada masa yang sama sis akan cuba mempositifkan situasi dengan menulis benda - benda positif.  Makin tua umur ni, makin banyak permasalahan dalam hidup ni. Kerja, kewangan, urusan peribadi dan lain-lain hal la. Yang tak terduga pun boleh muncul. Kena limitkan benda dan tahu yang mana satu priority. Susun kehidupan dan jangan pernah takut untuk salah, gagal dan jatuh. Kena tahu untuk bangkit.

Hidup ni kalau nak fokus benda yang tak menyihatkan minda, 
memang takkan happylah kita.

1. Sibuk dengan kehidupan orang lain

Cubalah kau letak diri kau dalam semua urusan orang lain. Takyah ramai cukup lima orang je. Setel semuaa masalah orang, layan orang tu pendek kata uruskan semua lah. Confirm lama-kelamaan nanti kau akan penat. Untuk sis sekarang, kebahagiaan diri ini akan dapat dirasai apabila kita menyayangi dan mendahulukan kebahagiaan kita. Not in a bad term but try to compensate yourself with what you deserved too. Dulu, sis selalu rasa sis ni malang. Susah, anak yatim piatu sampai semua orang yang hadir dalam diri ni sis jadi over appreciated everyone. Semua sis nak jaga hati, nak peduli dan nak ambil tahu. Akhirnya, penat dan sis meletup. dan apabila kita mula meletakkan diri kita dahulu daripada orang lain, maka kita akan dilabelkan sebagai the bad guy. dan hiduplah kau dengan kekesalan itu. Sampai sekarang sis tak happy bila fikirkan benda nie.

Now, I've learnt dan percayalah, kesibukan diri nie sekarang membuatkan sis tak mampu pun nak peduli hal orang. Lihat ape yang lalu kat medsos sahaja now.  Tengok member buat ayat-ayat sedih ke ape ke, sis tak ada masa lebih untuk whatsapp pun nak tanya kau kenapa? kenapa?. Hidup sis pun dah macam-macam drama dah. Kalau dulu, boleh kata sis nie semua benda tahu. Sebab sis ada ramai kenalan dan suka bercakap. Maka, boleh dikatakan semua update orang lain sis tahu. Menginjak umur makin berusia nie, sis dah malas nak ambil tahu hal orang. Sebagaimana sis pun tak suka orang duk sibuk ambil tahu hal sis. Bagi sis, ada benda yang perlu sis perlu protect dari campur tangan ramai orang contoh, rumah tangga dan kewangan sis. cukupla sis laki bini yang tahu ape yang terjadi antara kami. Sebelum nie, siapa jua kawan sis semua tahu hal sis sekarang cukupla lakiku sorang. Tapi kalau gaduh dengan dia sis boleh jadi gila juga sebab tak tahu nak luah macamana dan dengan siapa. Tapi takpe, bad days gonna passed. Kena bersabar dan bertahan je. Cubalah, amalkan buat hal sendiri. Jangan masuk campur sangat dengan benda yang bukan urusan kita. Bantu lain dan masuk campur lain. Kena pandai nilai dan bezakan. Cuba je permudahkan urusan orang lain, cuba buat orang lain happy tapi kalau tak mampu jangan buat benda yang melebihi capacity kita boleh offer pada orang lain. Jangan paksa diri. Jangan berpura-pura. kalau tak suka cuba lah cakap tak suka. Its hard at first, sebab kita tak macam tu. Tapi keadaan ni memaksa. Bila dah tua nie, patut kita kena berlapang dada dan orang yang lain sewajarnya menghormati keputusan kita sebagaimana kita cuba untuk memahami dan menghormati keputusan mereka. Faham?  Jaga kebahagiaan diri, lapangkan dada dan minda kita agar badan kita pun akan kekal sihat. 

2. Stop being a HERO

Sekarang, masalah kerja yang bertimbun, kerja tak setel dan nak hadap drama di tempat kerja (ini kat mana-mana pun ada kan?) sampai malas kadang nak bangun pergi ofis. Nampak tak? tapi bila fikirkan kenapa kita ditempat ini, sekurang-kurangnya aku ada duit sendiri. Boleh beli dan makan macam- macam. Maka ganjaran itu perlulah setimpal gaji. Cuba positif, aku dibayar untuk menghadapi semua benda nie. Maka bersabarlah hati. Umur sebegini, masalah dengan manusia nie kita kena pandai kawal emosi. Jangan terlalu tunjuk pandai dan jangan pula nampak terlalu lemah. Aku dulu seorang people pleaser. Sangat susah nak say no and aku selalu buka jalan untuk orang lain mempengaruhi malah sampai berani perkotak-katik urusan kehidupan seharian. Sekarang aku dah buat gap awal-awal dengan semua orang yang mempengaruhiku. Supaya orang sebegini tak influence bad vibes dan seterusnya buat aku stress pada benda yang tak perlu. 


Pencapaian terbesar sis menjadi Delegasi Malaysia wakil Melaka pada Sidang SekBer SOSEK MALINDO 2024

Buat kerja yang diamanahkan untuk kau sebaiknya. Macam aku, aku akan buat benda yang dilontarkan kepada aku dengan penuh passion. Sebab kerja aku sekarang adalah minat dan impian aku. Sesusah mana atau serumit mana pun aku tetap boleh handle. Not saying that kerja aku perfect but, aku akan cuba buat kerja aku ada kualiti dan autheticity tu terjaga. Arwah abah dulu pun sama. Dia buat kerja betul-betul sampai ape yang dia buat orang tak dapat persoalkan. Kerja datang kat aku, aku yang setel aku uruskan semua. itu kualiti aku. Bila kita ada ilmu terhadap satu perkara, kita buat betul-betul. Yes, we might screwed up tapi thats part of growing. Kerja datang kat aku, benda baru aku takkan mulakan kalau aku tak tahu hujung pangkal. Sebab aku nak sesuatu yang aku capable untuk explain pada orang lain. kalau aku rasa tak tahu mana hala tuju, memang aku penat sebab jenis aku kena tahu semua benda. Supaya kalau terjadi apa-apa sekurang-kurangnya aku ada catit/minit dan aku dapat defend diri if anything. Cuba kau lepas tangan?? orang petik nama kau tak dapat nak bela diri. How? Apa jua kerja ditambunkan dekat aku. Aku sedaya upaya bersihkan balik.  Tapi, aku silap. Aku sebenarnya kena read the room sebenarnya. Aku kena tahu yang mana perlu laju, mana perlu slow down dan mana perlu aku sapu/bersihkan. Ingat, mengambil tanggungjawab orang lain takkan pernah menjadikan kau hero. Tapi kau sebenarnya merampas peluang orang lain untuk bertanggungjawab dan belajar. Dan akhirnya rasa hormat, teamwork dan authencity kau akan hilang. Akhirnya kau penat sebab kau over do everything. Maka, demi untuk menjaga keharmonian dan kesihatan minda sendiri. Slowdown dan take a break. 😌😌

Kerja nie kena sama-sama. Rehat sama-sama, Penat pun kena sama-sama. Kalau tak balance mana-mana, duduk bincang balik. Its a part of growing guys. 

Kerja kerajaan nie tak semuanya kau boleh kutuk dik. Bukan semua benda kau kritik untungla.. untunglaa.. Kami ada cabaran juga. Yang adik tengok tu mungkin pada skim lain tapi setiap skim atau cabaran memang ada cabarannya. Jangan dengki sangat hati tu. Semua kerja ada cabaran masing-masing. Kau nampak orang kerja dalam aircond  tiap-tiap hari, mengadap komputer je kau kata orang tu kerja senang. Konon kau la terpaling penat. Eh, eh, eh, amboiii dia nie. Kerja semua ada cabaran dan memenatkan dik. Rezeki Allah bagi kita bulan-bulan tu adalah setimpal dengan kerja kita. Jangan persoalkan rezeki orang. Cuba jangan duk persoalkan periuk nasi orang. Cuba berhusnudzon. aku la deniii..😡

3. Stop Overthinking

Pokoknya, buat la semua dengan berlapang dada. Kalau rasa penat, berhenti. Jangan beratkan minda dengan benda-benda yang tak perlu pun kita fikir. Jangan letak diri kita nombor dua. Orang tak suka, orang tak boleh terima sekalipun tapi kalau kau buat perkara yang betul. Let it be. Dont be afraid being judge by doing the right things. Sis sekarang amalkan sikap, pergi mampus juga kadang-kadang. Sis mula rasa yang orang perlu dengar opinion sis. Kalau tak setuju, sis akan bagitau nope, saya tak setuju. Jangan Stresskan otak dengan benda yang kau pada awalnya dah boleh control dah pun. Hiduplah dengan fikiran yang sentiasa positif. Kalau rasa diri makin toxic, cuba perbetulkan balik. Cuba cuci balik. sebab daripada Fikiran, kalau takleh control memang akibat dia akan buat kita stress dan menjejaskan kesihatan. 

Hidup ini pinjaman Allah swt. jalanilah sebaik mungkin. Akan ada hari kita bersedih stress dan malang
tapi those days shall passed. Be happy with your love one! tak tahu lama mana kita nak berbahagia dengan orang tersayang kan? so why stress?

 

Itu jela, sekian, terima kasih.

Lots of love

NHH


Comments

Popular Posts