Life Update After Being Missing From Blogging

Assalamualaikum semua (tak pasti siapa yang akan baca, kalau blog ku yang dulu ada lah juga rakan-rakan diploma yang follow😅)

Tak mengapa, sis nak cuba start new. Sebab apa? sebab boleh dik 😏

    Blog yang lama tu adalah berusia lebih sepuluh (10) tahun yang lepas dik. Hakak nie segan pulak baca. So tak berapa sesuai dengan usia hakak nak guna medium blogging yang sama. Zaman aib hakak dik 😜 Maka, untuk kali ni, akak cuba untuk tulis perkara-perkara yang sejajar dengan umur dan kematangan akak. Kenapa tak gunakan je platform yang ada dah ( Facebook, X, Ig, TT etc.) je? Hmm, tak boleh dik. Audience (followers) kita berbeza. FB dan IG makin membesar circle akak keluarga in law la, collagues la, dan macam- macam. So, sis rasa tak sesuai nak taip panjang-panjang, untuk rant perkara- perkara randoms. Thus, better untuk sis cuba berblog balik. Lebih sesuai. Ini adalah so called a diary. Lagipun sis tak kejar any engagement, monetary benefits and popularity. Hanya sekadar platform untuk sis menulis secara random. itu sahaja. 

    Selepas hampir sepuluh tahun sis dah tinggalkan dunia blog, nak set upkan balik agak memeningkan kepala. Lagi-lagi apa tau? Sis semenjak dah berumahtangga nie, rasanya semua benda yang melibatkan kepakaran IT mesti sis rujuk suami sis, Ahmad Shafiq. 😂 So semuanya berkenaan dengan IT sekarang sis akan gunakan Ahmad Shafiq untuk selesaikan. Bayangkan sis ambil masa nak dekat dua hari untuk buat satu posting dan juga setting layouts dan sebagainya. Macamana eh dulu, sis siap boleh hias zaman myspace, friendster? Ada lagu, ada glitter etc. Hebat tau tak. Pergh.. Sekarang nak boleh wujudnya blog sebagaimana today sis makan hari nak setelkan. OMG, the aging is so real guys😅 

    Basiccally, menjelang November sis kini akan genap berumur 32 tahun (class 1992). Sis dah kahwin selama dua (2) tahun dan juga  berjaya mendapatkan kerja idaman sis sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD). November 2021 sis telah  melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya dan sekarang (Tahun ini, 2024) sis dah berjaya menempatkan diri di salah satu agensi di bawah pentadbiran JPM, Negeri Melaka sebenarnya dari raya tahun lepas lagi dah pindah Melaka. Why Melaka? because, my husband work here. Shafiq ni sebelum kahwin dengan aku pun dia macam dah settle down everythings here. Beli rumah, kerja dan sebagainya. Jadinya, aku lah kena berusaha keras sikit untuk balik ke Melaka. Nanti aku free aku cerita balik kehidupan aku yang sangat hiatus sebab aku berulang-alik Melaka - Putrajaya - Melaka almost everydayyyyyyyyy. Sumpah aku tak tipu.


Happily Married on 04th May 2022
                                                                     

Managed to complete 10 months courses as a PTD on November 2021 and picture taken during my convocation on 2022
 
 

 Alhamdulillah, 2022 adalah tahun yang paling bermakna bagi aku. Sis dapat kerja, sis bertunang dan seterusnya kahwin. Syukur Allah s.w.t banyak permudahkan urusan sis. Walaupun sis ni baru bekerja duit simpanan pun tak cukup malah yatim piatu lagi kan? tapi itulah, mungkin sebab jodoh benda jadi cepat dan mudah. Berkat pertolongan ahli keluarga tersayang dan juga sahabat handai. Syukur. Moga segala kebaikan mereka yang berbuat baik untuk kami akan di balas dan diberkati oleh Allah swt amalannya. Ameen.

Mungkin perjalanan aku nampak mudah kan? dapat kerja, dapat suami yang boleh provide everythhing dari segala segi (Alhamdulillah). Namun demikian, sepanjang tempoh usia perkahwinan kami, kami belum mempunyai rezeki zuriat. 😞 Had tried many kind of things, tips, suplements. Pun tak yah cakap lah. Pantang dengar dan nampak sis beli. Tapi itulah kuasa Allah swt bukan? You cuba la macamana sekalipun, You usaha la macamana sekalipun, bila Dia belum mengizinkan, maka jawapannya You still have to wait. Inilah ujian dan dugaan kami berdua. Biasalah, ujian datang banyak cara kan? Ujian berupa ini adalah bahagian kami. Kami redha dan juga mohon doakan semoga segala usaha kami berdua ini akan membuahkan hasil akhirnya. Ameen. Dan disebabkan belum mendapat zuriat. So kami ada family kecil bersama dengan si bulus. Pair jantan (Yuki) dan betina (Lily). Sama breed tapi bukan sibling ye. Jaga diorang nie, sama je dengan jaga baby betul 😂 Ragam dan peel kalah baby betul. Okayla untuk menghibur hati kan? 


Ini baby girl, Lily

Ini baby boy Yuki


    Jadi setakat ini, untuk first post nie sis rasa memadai lah. nak tulis panjang kena tulis masa lapang. Banyak lagi sebenarnya tapi otak sis ni mungkin mula berkarat maka, mood atau idea menulis tu dalam 15- 20 minit boleh bertukar. So, sekarang mood sis dah bertukar. Tak tahu nak tulis apa. Hmm, nantilah sis cuba lagi ye. 😉 So untuk harini sis share quotes terbaik untuk semua. Kot la boleh dijadikan penyuntik semangat buat sesiapa yang membaca kan? :

“Dan Dia Allah akan memberi manusia rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, niscaya Allah ‘kan cukupkan (keperluan)nya. Sungguh, Allah melaksanakan urusan-Nya (menepati janji-Nya),” 

– Q.S At-Talaq (65:3).

Thanks !

Lots of love,

NHH

Comments

Popular Posts